"Semua ilmu ada dalam Al-Quran,'' kata seorang ulama. "Maksud tuan ilmu dunia juga?" balas seorang pemuda.
"Iye, ilmu dunia dan akhirat." "Saya tidak percaya. Masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab Al-Quran yang hanya terdiri drp ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu."
"Berapa ayat yg diperlukn utk memuatkn semua ilmu yg ada?" "Wah tentulah berbilion-bilion byknya. Bentuk dan jenis ilmu t'sgt luas."
"Saya masih berpndapat semua asas ilmu ada dlm al-quran." kata ulama itu. "Sy tetap x b'setuju," tegas si pemuda
Ulama hanya t'senyum. Dek kerana x puas hati, keesokan harinya, pemuda itu bertemu dgn ulama itu semula.
" tuan masih percaya semua ilmu ada dlm al-Quran?" "Ya," jawab ulama itu pasti. "Kalau begitu, berapa byk minyak yg boleh didapati drp sekilogram buah kelapa sawit?"
Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga krn pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.
"Dan jgn lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya" tambah pemuda itu.
Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, "Ya sy tahu jawapannya. Malah sy tahu surah serta ayat yg menjawab persoalan itu. Tetapi utk menjawabnya, mari ikut saya."
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat. "Kita nk ke mana?''
"Ikut sajalah," kata ulama itu.
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yg sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya, "Tuan, boleh beritahu kami berapa byk minyak kelapa yg kita akan dpt drp sekilogram buah kelapa sawit?"
Penyeli itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian ulama berkata kpd si pemuda, "Itulah jawapannya."
"Eh, sy mahukn jawapan drp al-Quran, bukan dari penyelia ini!" bantah pemuda itu agak marah.
"Itulah jawapan al-Quran," jawab ulama itu dgn tenang.
"Apa maksud tuan?"
Ulama itu berkata, "inilah jawapan al-Quran. Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yg maksud,
'Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak
mengetahui.'
Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu," tambah ulama itu. " Inilah yang dijelaskn kaedahnya oleh al-Quran. Dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu itu."
* cerita ini diadaptasi dari majalah SOLUSI isu 27 dalam ruangan Angguk Geleng
No comments:
Post a Comment